Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hai..apa khabar semua. Rasanya macam dah tak wujud lagi blog saya ini kan?
Dek kekangan masa dan bukan minat saya berblog...mungkin menjadikan asbab utama
saya menyepi. Dalam sebulan ini banyak perkara yang menguji keimanan dan kesabaran ku sebagai makhluk di dunia ini. Antaranya
1) Aku kehilangan kechik tersayang dek kerana kesilapan ku sendiri. Malang tak berbau..kechik melarikan diri (dalam keadaan separuh sedar-sebab baru lepas mendapat rawatan di UPM) sewaktu hendak membawanya pulang dari UPM..rasa macam hilang anak pun ada..kechik melarikan diri ke dalam hutan..dan gagal dikesan...seminggu juga la ku jadi pelawat setia hospital veterinar UPM. Apakan daya..dengan keadaanya yang separuh sedar menjadikan dia bertindak ganas.
2) Hampir kesemua stray cat dirumahku..meninggalkan ku..samada hilang tanpa dikesan, mati secara tiba2 dan yang terbaru..minggu lepas..si tompok..anak kucing yang lincah..meninggalkan ku buat selama-lamanya. Tompok dilanggar oleh pemandu yang memandu laju di dalam kawasan perumahan..waktu kejadian adalah jam 6.30 pagi sewaktu ku mengemaskan sangkar dan menyediakan makanan mereka. Bunyi dentuman yang tak kuhiraukan rupanya adalah tanda bahawa si tompok telah meninggalkan ku selama-lamanya..tanpa ku sedar ku menangis semahu-mahunya kerana semua kejadian berlaku dalam masa tak sampai sebulan membuatkan ku lemah dalam berhadapan ujian yang diberikan. Yang tinggal hanyalah comel dan citam anak kepada si tua (yang pernah ku ceritakan sebelum ini- kucing jalanan yang menumpang kasih & adik-beradik si tompok).
Allah maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku..aku sebagai hambaNya redha dengan ujian yang menimpa.
Akhir kalam..sayangilah mereka (kucing/anjing) disekeliling kita kerana mereka hanya mahu menumpang kasih kita yang mana hayatnya belum tentu panjang. Renung-renungkan..