Monday 7 October 2019

Aku dan Fizikal Test

Dupp..dap..dupp..dap..


Assalamualaikum dan Great Day Semua...


Fuh..lama benar Sesumpit takde buat apa posting di blog yang dah semakin bersawang ni...hahahaha
Hampir lupa blog sendiri..itupun perasan bila nak komen blog orang keluar id sendiri.. wow its me sesumpit ;)


Alang-alang dah belek blog..Sesumpit nak juga la berkongsi perasaan Sesumpit kebelakangan ni..

Minggu lepas (minggu pertama bulan Oktober) dan minggu ni adalah minggu penuh debaran..mana tidaknya..minggu lepas exam online UiTM (bangga pulak..mana tahu dapat menabur bakti). Minggu ni pula..minggu akhir buat persiapan untuk fizikal test untuk jawatan Penguasa KPDNKK...tolonggg.tolongg (tolong diri sendiri ajelah ;0 ).

Bagi Sesumpit..Sesumpit buat apa yang terbaik dan termampu..selebihnya..Sesumpit berserah pada Allah SWT...nak cerita bab interview yang melibatkan penguasa / organisasi beruniform..dah banyak yang Sesumpit hadir..antaranya:

i) Inspektor
ii) Penguasa Perbadanan Sisa Pepejal
iii) Penguasa JPJ
iv) Penguasa Kastam
v) Penguasa KPDNKK
vi) Penguasa Majlis Perbadaran Selangor

Banyak kannn..antara list di atas..yang lepas sampai ke tahap temuduga adalah semua kecuali JPJ dan KPDNKK. Manakala yang meninggalkan seribu kenangan adalah sesi ujian fizikal bagi jawatan Inspektor. Masa tu mata masih fit lagi..gituuu..sekarang..dah x berapa baik..maklumlah faktor umur..dan faktor kerja..hihihihi.

Oklah..Sesumpit nak minta Brother & Sisters doakan sesi ujian fizikal dan sesi temuduga Sesumpit berjalan lancar ya.


Ada sesiapa yang akan hadir fizikal test untuk jawatan penguasa KPDNKK pada 12 Oktober 2019. Kalau ada..tegur-tegur dan bantulah Sesumpt nanti ya.

Akhir kalam..

Dont Judge Me. I was Born To BE Awesome..Not Perfect


With Love
Sesumpit

Thursday 3 October 2013

My Little Chomel...yang suka mengomel

Assalamualaikum..

Lama rasanya saya tidak ber"blog". Tergerak nak coretkan sesuatu bila terbaca entry http://kakimotong.blogspot.com/2013/10/kisah-si-intan-payung-anak-kucing-patah.html
coretan Papa Hero tentang derita si Cumil yang senasib dengan my Little Chomel
(dijumpai di kawasan parking kereta..mangsa langgar lari).

Cerita saya mungkin hampir sama..tapi tak serupa..hehehehe..kecederaan yang dialami
oleh Chomel yang menyebabkannya tidak normal seperti kawan-kawanya
yang lain. Menjaga kucing kurang upaya (KKU) memang memerlukan kesabaran yang
tinggi pada mulanya. Memang pada mulanya banyak benda yang saya kena belajar..antaranya:

1) Penjagaan
2) Pemanakanan
3) Urusan Masa
4) Kewangan.

Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa..alhamdulillah dan hampir 3 tahun Chomel
dalam jagaan saya yang pada asalanya hendak di PTS oleh Dr. Tapi dengan
bantuan Dr. (apa yang perlu saya beri perhatian sekiranya saya mahu menjaga Chomel -rujuk 4 perkara di atas) tersebut juga saya mampu menjaga dan mengasihani Chomel
hingga sekarang.

Kredit to Papa Hero..semoga Allah SWT memudahkan urusan Papa Hero. Saya bukanlah
pakar..dan masih belajar untuk mengembirakan hati si Chomel.

Akhir kalam..sayangi mereka..dan berbuat baiklah dengan semua makhluk Allah. Bagi mereka yang ingin mengenali Chomel..here attached pic. my Little Chomel.


Wassalam..see you..

Tuesday 18 June 2013

I'm Back

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hai..apa khabar semua. Rasanya macam dah tak wujud lagi blog saya ini kan?
Dek kekangan masa dan bukan minat saya berblog...mungkin menjadikan asbab utama
saya menyepi. Dalam sebulan ini banyak perkara yang menguji keimanan dan kesabaran ku sebagai makhluk di dunia ini. Antaranya

1) Aku kehilangan kechik tersayang dek kerana kesilapan ku sendiri. Malang tak berbau..kechik melarikan diri (dalam keadaan separuh sedar-sebab baru lepas mendapat rawatan di UPM) sewaktu hendak membawanya pulang dari UPM..rasa macam hilang anak pun ada..kechik melarikan diri ke dalam hutan..dan gagal dikesan...seminggu juga la ku jadi pelawat setia hospital veterinar UPM. Apakan daya..dengan keadaanya yang separuh sedar menjadikan dia bertindak ganas.

2) Hampir kesemua stray cat dirumahku..meninggalkan ku..samada hilang tanpa dikesan, mati secara tiba2 dan yang terbaru..minggu lepas..si tompok..anak kucing yang lincah..meninggalkan ku buat selama-lamanya. Tompok dilanggar oleh pemandu yang memandu laju di dalam kawasan perumahan..waktu kejadian adalah jam 6.30 pagi sewaktu ku mengemaskan sangkar dan menyediakan makanan mereka. Bunyi dentuman yang tak kuhiraukan rupanya adalah tanda bahawa si tompok telah meninggalkan ku selama-lamanya..tanpa ku sedar ku menangis semahu-mahunya kerana semua kejadian berlaku dalam masa tak sampai sebulan membuatkan ku lemah dalam berhadapan ujian yang diberikan. Yang tinggal hanyalah comel dan citam anak kepada si tua (yang pernah ku ceritakan sebelum ini- kucing jalanan yang menumpang kasih & adik-beradik si tompok).

Allah maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku..aku sebagai hambaNya redha dengan ujian yang menimpa.

Akhir kalam..sayangilah mereka (kucing/anjing) disekeliling kita kerana mereka hanya mahu menumpang kasih kita yang mana hayatnya belum tentu panjang. Renung-renungkan..

Monday 13 August 2012

I'm back

Maaf sekiranya saya membuat anda semua menunggu..tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat berpuasa. Sedihnya rasanya, bila ramadhan ingin melaburkan tirainya. Banyak perkara terjadi sepanjang tempoh 2 -3 bulan ni..Pertambahan, tetamu yang tidak diundang telah menceriakan suasana rumah. Dari 2 ekor (peliharaan) telah bertambah ke 8 ekor..em satu peningkatan yang sangat drastik.

Di sebalik pertambahan tersebut, mungkin membuatkan jiran sebelah punya sebelah punya sebelah tidak berpuas hati dimana satu pagi, seperti biasa rutin harian saya adalah mengemas kawasan halaman dan memberi kucing-kucing makan, tapi pada hari sabtu (11 /8/12) yang lepas, saya agak terpana dengan perangai manusia (tidak berhati perut) telah menyepak seekor anak kucing di hadapan rumah saya. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh anak kucing tersebut. em mm tidak semena-mena keluar lah perkataan..how dare you..STUPID..dari mulut manis ku ini..huhuhuhu...kesian anak kucing tu...terkontang kanting dia lari..sekarang ni semua duduk di rumah saya..tiada yang kacau..emmm kepada akak A(jiran sebelah yang selalu bagi makan) akak bawa la pindah sekali kucing2 ni..cukuplah 2 ekor yang saya bela ni. Bukan tidak mampu, cuma tidak terjaga dan takut jiran-jiran marah disebabkan kawasan rumah saya tidak banyak tanah, jadi kucing-kucing ini akan membuang merata.


Cukup sampai di sini coretan saya...daaaadaaaaa



Friday 23 March 2012

Tokkkk222..ada sape2 disana?

Hidup ini seperti roda...cepat benar masa berlalu..memang hari jumaat sangat dinanti-nantikan. Kerja yang terlalu banyak sangat memenatkan...baru sedar..yang dah terlalu lama tidak up-date dalam blog..sekali duduk depan lap-top..hampir 2 jam rupanya membelek blog...hahaha..ok lah selamat berhujung minggu...a

Aku Mahu Pulang

Si Burung : Hai manusia..janganlah diapa-apakan Aku..
Sesumpit : Hai burung..terbanglah kau..fuhhhh..ya Allah..lindungi la ia..Amin

Siapalah aku...

Bak kata pepatah..air dicincang tidak akan PUTUS..begitulah kes dua beradik ni..dimana ada COMEL di situ ada KECHIK..kisah tragis dua beradik...